Monday, November 9, 2009

KELULUSAN PHD DARI UNIVERSITI MELAYU MALAYSIA

10 tanda orang yang memegang kelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki):

DIA AKAN MERASA SAKIT HATI DAN KECEWA APABILA:-
1. ada orang lain yang memiliki sesuatu yang lebih baik.
2. mendengar kejayaan orang lain.
3. orang lain mendapat sesuatu yang dia sendiri ingin miliki.
4. ada orang lain mendapat pujian.
5. ada orang lain merasa gembira.

DIA AKAN CUBA:-
6. mencari kelemahan orang lain.
7. mencari kesalahan orang lain.
8. menyakitkan orang lain.
9. menyebarkan berita buruk tentang orang lain.
10. memfitnah orang lain.

Thursday, November 5, 2009

Sedarkah Kita?

Sedarkah kita...

Apa yang kita lakukan itu betul atau salah?
Sedarkah kita...
Apa yang kita lakukan akan memberikan kesan samada positif atau negatif kepada kita?
Sedarkah kita...
Apa yang kita kerjakan akan menguntungkan atau merugikan syarikat kita?
Sedarkah kita...
Apa yang kita pertahankan adalah maruah bangsa Melayu?
Sedarkah kita...
Apa yang kita perjuangkan adalah keagungan Agama Islam?

Kita tidak sedar apabila kita berbuat salah tapi menyalahkan orang yang ingin memperbetulkan kita...
Kita tidak sedar apabila kita membuat tanggapan yang negatif dan akhirnya mengundang fitnah keluar dari mulut kita sendiri...
Kita tidak sedar apabila kita sangat berkira bila diberikan kerja yang banyak sedangkan kita mempunyai masa yang banyak untuk melakukan yang bukan hakiki...
Kita tidak sedar apabila kita bertelagah sesama sendiri atas dasar PHD yang menebal sedangkan kaum lain mentertawakan keruntuhan bangsa kita...
Kita tidak sedar apabila kita melakukan sesuatu yang mungkar walaupun ada yang cuba untuk memperbetulkan kita...

Apa yang kita tahu...
Kita rasa apa yang kita buat itu semuanya benar walaupun terang-terangan ia merugikan kita...
Kita rasa apa yang kita fikir itu semuanya positif walaupun terang-terangan ia menghasilkan kesan negatif...
Kita rasa apa yang kita lakukan sehari-harian adalah untuk mendapatkan nafkah yang halal walaupun terang-terangan ia bukan tugas hakiki kita...
Kita rasa yang kita tidak pernah dengki dengan kelebihan orang lain sedangkan terang-terangan kita cuba sedaya upaya untuk mencari kelemahan orang itu...
Kita rasa yang kita buat itu mengikut ajaran agama sedangkan terang-terangan kita makin terpesong jauh daripada landasan agama kita...

DILEMA...

Saya dalam dilema... Nak telan mati mak, nak luah mati bapak, kalau mati org yg tak berguna tak pelah jugak. Apa yang saya buat semuanya tak betul. Itupun saya dah menahan sabar bila difitnah macam-macam. Memfitnah orang tu kan macam makan daging saudara sendiri, tapi nak buat macamana, kalau dah memang suka membuat andaian dengan apa yang ada depan mata aje.
Untuk pengetahuan pembaca, suami saya tak pernah melarang saya untuk rapat dengan sesiapa pun dan dia tahu saya rapat dengan orang yang dikatakan mempunyai affair dengan saya tu... Kat rumah saya berbual dengan orang tu berjam-jam pun suami saya tak kisah, suami saya tahu betapa saya sayangkan suami saya tu... Tak ada perubahan pun antara hubungan kami, masih intim dan semakin intim. Kalau harapkan orang-orang yang saya anggap 'kawan2' ni, dah lama saya jadi janda agaknya, dan mungkin itu yang diharapkan oleh 'kawan2' saya agaknya.
Sekarang ni pulak timbul rasa tak puas hati sampai mempertikaikan apa yang saya buat. Tidak sedarkah yang sebelum ini saya yang menguruskan kursus JAJ dari A sampai Z, dua siri pulak tu, kalau mintak tolong orang lain pun sikit-sikit je, yang lain semua saya buat sendiri. Masa tu orang lain buat apa? Berbual, berborak, makan, berblogging, berehat, buat 'projek', baca majalah, baca katalog dan lain2 yang tak produktif... dan sekarang masih nak pertikaikan saya buat apa? Nak harapkan cari kerja jauh sekali, tunggu orang lain minta tolong je... Sampai orang lain kemas pejabat angkat barang ke sana ke mari depan mata pun hati tak terdetik untuk membantu. Sebab itulah sesetengah orang perlu diarah, kalau yang baik hati tau cari kerja dan buat kerja tanpa disuruh, tak payahlah pengurus ni mengarah.
Bila tiba kursus yang lain, ingatkan bos yang nak buat meeting. Meeting diaturkan tapi tak jadi, habih tu saya nak buat apa sebab bos asyik sibuk dengan meeting bajet. Tunggu punya tunggu bos buat meeting, sampai dah dekat nak jalan kursus tak jugak dipanggil meeting. Jadi saya terpaksalah arrange meeting sendiri. Kalau ikutkan, rasa bersalah tu ada sebab arrange meeting sendiri sedangkan sebelum ni bos yang nak buat. Itupun bila diserahkan kerja yang tak seberapa pun dah jadi isu besar menggunung. Yang saya pulak kena ke sana ke mari menguruskan dengan orang SUK, buat macam2 orang tak nampak pulak. Pas tu kena ke sana 7 hari pulak tu. Kalau rasa tak sanggup buat apa yang saya bagi, kita boleh tukar tugasan, saya tak de masalah. Saya dah bagi kelonggaran supaya tak perlu pergi jauh pun tak berterima kasih jugak. Bukan mengharapkan terima kasih sangat, lagi-lagi dari orang yang dah berfikiran negatif, tapi sekurang-kurangnya tidak mempertikaikan tugasan yang diberi. Rasanya tugasan yang perlu persiapan awal dah diberikan sebelum meeting, jadi kenapa pulak timbul isu tugasan diberikan last minute, tak faham betullah sikap sesetengah orang ni...
Tapi nak buat macamana, bila hati dah tertutup, kita buat kerja depan mata pun dianggap tak buat kerja, diri sendiri buat kerja walau sedikit pun rasa dah buat banyak sesangat.

THOUGHT DETERMINE ATTITUDE
The most significant change in a person's life is a change of attitude.
Right attitudes produce right actions...

Wednesday, October 7, 2009

Penat Tak Habih-habih

Waduh.... ngantuk dan penat betul sejak beberapa minggu ni. Bermula dari lepas raya, raya kedua dah mula puasa 6, punyalah esar dugaan dari yang Maha Esa... selama 6 hari puasa, cuaca terlampau panas, kat langit tak de awan langsung... Orang terengganu kata panah ddeghing... Beraya tetap beraya, pergi dari rumah sedara ke rumah sedara yang lain, sampai ada satu hari tu sampai boleh ziarah 11 rumah. Bila tiba hari raya 6 je sepanjang hari mendung je... Pas tu malam tu jugak (Ahad) balik JB. Isnin masuk ofis, terus buat preparation untuk Kursus TOT Jabatan Agama Johor yang sekarang sedang berlangsung. Hari Khamis tu pulak ada request dari orang-orang ofis untuk datang beraya ke rumah... Apa lagi, kelam kabut le kami mengemas rumah... Ada hikmah jugak bila orang nak datang rumah ni, masa tulah timbul motivasi untuk mengemas... Hari Jumaat, belum lagi selesai sepenuhnya preparation Kursus TOT, dah dapat panggilan dari husband yang mak mentua muntah2 n tak sihat. Apa lagi, lagi le kelam kabut persiapannya. Dibuatnya pada pagi tu jugak JAJ telepon mengatakan bahawa Hj Rahman (Pengarah JAJ) minta ring file yang tebal, double kelam kabut. Sebelum balik, sempat ke Pejabat Pendidikan Agama Johor Bahru (tempat kursus akan diadakan) untuk setting dewan... Wduh-waduh... gawat lagi... Dewan masih digunakan untuk kursus kawin (Sabtu dan Ahad), so angkatlah bahan latihan ke Bilik Mesyuarat aje. Memandangkan Dewan di Tingkat 1, tersangat penatlah sebab naik turun angkat barang. Nasib baik ada rakan sekerja lelaki yang ikut sama.
Pas tu balik ofis, ambil anak di sekolah, singgah ke Taman Universiti untuk beli fail dan lepas tu terus ke Kulai untuk menghadiri open house. Pas tu balik rumah, kemas baju n terus balik ke Tanjung Karang. Esoknya pulak(Sabtu 3/10/09) jadi penyambut tetamu di majlis kawin anak sedara di Kajang, balik semula ke Tanjung Karang pukul 12 malam. Ahad petang bergerak balik ke JB dengan hati yang risau sebab tempat dan fail belum settle lagi, nasib baik rakan sekerja lelaki tu jugak (En Rosdi) yang tolong masukkan bahan ke dalam fail. Sampai je JB terus masuk ofis (lebih kurang pukul 11 malam), buat pandu arah untuk ditampal pada bangunan Pej. Pend. Agama. Husband n anak2 yang sedang tidur tunggu dalam kereta. Selesai je, terus angkat fail, komputer dan LCD projector ke kereta dan terus pergi dewan kursus, sampai kat situ dah dekat pukul 12. Masuk dewan, lega rasanya sebab susunan meja dan lain2 dah ok, cuma saya kena susun fail dan pen atas meja peserta. Selesai task tu kena pulak angkut barang dari bilik mesyuarat ke dewan.
Selesai segalanya barulah balik rumah.... Esok paginya (Isnin) bangun pukul 5 macam biasa, hantar anak2 ke sekolah n terus ke tempat kursus ni, susun air mineral, isi gula2 dalam bekas n get ready untuk pendaftaran... Yang bertambah2 penatnya lagi... Slot malam habis pukul 12... Siapa yang kenal Hj Rahman tu dah cukup paham dengan waktunya... Nasib baik malam tadi selesai awal (pukul 10) so bolehlah balik awal sikit. Hari ni dah hampir lega sebab kursus dah hampir2 nak selesai. Siri kedua lepas ni di Kluang, kat Pusat Pertanian Air Hitam 20 hingga 22 Oktober 2009.
Harap-harap esok dapatlah rehat sikit kat ofis...

Wednesday, September 16, 2009

Hari Kedua


Hari ni masih lagi dalam usaha untuk belajar tentang page blog ni... Nasib baik ada sifu blog... Sape lagi kalau bukan En Harris Fadzilah. Hari tu dia jugak yang jadi penceramah Kursus Pembinaan Blog ni. So dapatlah maklumat tentang mana nak dapat template page blog yang cantik-cantik... Apa lagi, download jelah dari internet. Lepas download banyak-banyak yang dirasakan cantik-cantik, mulalah mencuba satu persatu... masa pilih, pilih yang lawa-lawa, masa nak masukkan untuk blog sendiri kenalah pilih yang ada banyak paparan, so jadilah macam sekarang ni. Mungkin lepas ni boleh tukar lagi muka depan blog ni.

Malam tadi saya sekeluarga (berempat je memandangkan dua lagi anak kat Selangor) ke Angsana, masa pergi tu belum lagi ramai orangnya sebab terus pergi balik dari kerja. Bila dah dekat waktu buka puasa punyalah ramai orang sampai makan pun ada shift. Disebabkan kami awal, dapatlah meja untuk makan. Lepas makan, solat dan beli barang-barang sikit... ada lagi yang tengah makan. Dalam hati berkata... ini mesti shift kedua atau ketiga, mereka mungkin berbuka sikit, solat dan lepas tu baru makan. Tapi kat Angsana tu takde masalah kalau takde apa-apa untuk berbuka sebab kat surau tu selalunya ada makanan yang disedekahkan, baik betul hati hamba Allah tu ya... Tapi saya tak tau samada ada setiap malam atau tak, tapi setiap kali saya ke sana, makanan mesti ada diletakkan di bahagian belakang dalam surau.

Bila dah selesai urusan (bukan ada apa pun nak pergi sana... husband tu nak cari CD McOS untuk computer dia... tengok-tengok CD tu tak de kat Angsana, ada kat Landmark Mall katanya... so pergi buka puasa, beli songkok husband dan barang-barang lain yang tak dirancang ajelah) on the way nak ke kereta, adalah kereta yang diletakkan betul-betul depan tangga... Kalau ye pun tak de tempat parking, fikirlah sikit orang lain yang nak lalu, kalau orang je takpe tapi kalau bawa barang memang tak muat. Tangga tu lebar tapi kalau dua kereta parking kat depan tangga tu dan rapat antara satu sama lain, susahlah orang lain nak lalu...

Macam tulah manusia, yang baik pun ada (sedekah makanan) dan yang kurang baik pun ada (tak fikir tentang kebajikan orang lain). So janganlah kita termasuk dalam kategori yang kedua tu ya...


RESPECT IS OFTEN MUTUAL. When you choose to be pleasant and positive in the way you treat others, you have also chosen, in most cases, how you are going to be treated by others...

Tuesday, September 15, 2009

Pengalaman Pertama

Hari ni merupakan pengalaman pertama saya nak menjadi salah seorang dari ahli blogger. Sebelum ni bila dengar orang lain bercakap tentang blog, terasalah jelousnya coz saya tak ada blog sendiri... dan tak pandai pulak tu nak create blog. Almaklumlah tentang IT ni agak rabun sikit. Tadi tergerak hati nak belajar bagaimana nak create blog. Nasib baik ada nota 'Kursus Pembinaan Blog' yang lebih yang ditulis oleh En Harris Fadzilah. Senang jugak ek nak create blog... Mungkin sebab nota tu user friendly kot. Pas ni nak cuba hiaskan muka depannya cantik-cantik pulak. Anyway, tujuan saya nak create blog ni sesaja je, mungkin lepas ni bolehlah mengutarakan pendapat atau pandangan yang tak sejauh mana ni. Ataupun nak meluahkan perasaan. Oklah... that's all for now, nak cuba belajar benda-benda lain pulak untuk menambah baik ruang blog ni.

Flores e Flowers

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP